Proses Mengecat Atap Pondok Taman Herba
Monday, 14 August 2017
Kerja-kerja menaik taraf Taman Herba
Pada 14 Ogos 2017, kerja-kerja menaik taraf taman herba telah dijalankan dan melibatkan beberapa orang guru.
Tuesday, 8 August 2017
Daun Rerama
Daun Rerama
Daun Rama-Rama Merawat Kanser
Nama saintiļ¬k: Mariposa Christia Vespertillonis
Asal : Rantau Asia
Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.
Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.
Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.
Kandungan Khasiat Daun Rerama
Boleh mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang lazimnya ada pada kebanyakan penyakit.
Mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
Sumber Rujukan : Rak 500 di Pusat Sumber Darul Hikmah SMKANI
Nama saintiļ¬k: Mariposa Christia Vespertillonis
Asal : Rantau Asia
Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.
Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.
Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.
Kandungan Khasiat Daun Rerama
Boleh mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang lazimnya ada pada kebanyakan penyakit.
Mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
Sumber Rujukan : Rak 500 di Pusat Sumber Darul Hikmah SMKANI
Monday, 14 November 2016
Pandan
Pandan
Nama Tempatan : Pandan
Nama lain : Pandan Wangi , Pandan Rampai ,
Nama Botani : Pandanus Odorus , Pandanus Amaryllifolius
Famili : Pandanaceae
Pandan adalah tumbuhan herba berumpun yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter.
Daunnya jenis tunggal , terletak dalam susunan padat melingkari batang , berbenuk panjang dan beraroma apabila diramas.
Pembiakan : Anak Pokok dan Keratan Batang
Kegunaan dan Khasiat
- Daunnya dijadikan bahan perisa dan pewarna dalam masakan
- Daunnya dihancurkan dan disapu ke kepala untuk menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur
- Daunnya dihancurkan dan dimasak dengan minyak kelapa . Minyak itu disapu pada tempat yang sakit untuk merawat sakit sendi.
Sumber Rujukan : rak 500 Pust Sumber Darul Hikmah
Bijan
Bijan
Nama Tempatan : Bijan
Nama Lain : Lenga
Nama Botani : Sesamun Indicum , Sesamun Orientale
Famili : Pedaliaceae
Bijan adalah sejenis tumbuhan herba semusim yang boleh mencapai ketinggian sehinnga 1 meter.
Daunnya jenis tunggal , terletak dalam susunan berselang seli , berbentuk bujur tirus , berbulu halus dan kesat.
Bunganya berbentuk loceng , tunggal , atau dua tiga kuntum dalam satu tangkai dan berwarna putih keungu unguan atau putih kemerah merahan .
Buahnya berlenggai , berpangsa dua , dan mengandungi banyak biji halus yang berwarna putih kekuning-kuningan atau perang.
Pembiakan : Biji benih
Kegunaan dan Khasiat
- Pucuknya dibuat sayur
- Bijinya dibuat ramuan atau perencah masakan
- Bijinya menghasilkan minyak yang digunakan sebagai minyak urut , minyak masak dan sabun.
- Minyak bijan berkhasiat menghilangkan stress dan melegakan keletihan.
Sumber Rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani
Bangun-bangun
Bangun-bangun
Nama Tempatan: Bangun-bangun
Nama lain : Sapooh , Ati-ati hijau , Origano ,Mangun
Nama Botani : Colleus amboinicus, solenostemon amboinensis
Famili : Labiatae
Bangun-bangun adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut yang boleh mencapai ketinggian sehingga 50 sentimeter.
Daunnya jenis tunggal, tebal, kesat ,berbentuk bujur dan terletak dalam susunan bertentangan. Tepi daunnya bergerigi kasar .
Bunganya kecil ,jenis majmuk dan berwarna ungu pucat .
Pembiakan: Keratan batang
Kegunaan dan Khasiat
- Daunnya dibuat sayur dan perencah masakan .
- Daunnya diramas dan disapu pada rambut untuk menyihatkan rambut
- Daunnya dihancurkan dan ditampalkan pada tempat yang sakit untuk merawat luka ,melecur dan gigitan binatang berbisa.
- Daunnya ditumbuk , jusnya dicampur gula batu dan diminum untuk mengubati bauk, sakit kepala dan asma
- Daunnya direndam didalam air panas untuk mengubati batuk , asma dan bronkitis.
- Air rebusan daunnya diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut , sembelit,dan mencernakan makanan.
Sumber Rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul hikmah Smkani
Lada
Lada
Nama Tempatan : Lada
Nama Botani : Piper Nigrum
Famili : Piperaceae
Lada adalah sejenis tumbuhan herba yang menjalar dan memanjat .
Daunnya jenis tunggal ,terletak dalam susunan berselang seli , berbentuk bujur dan bahagian hujungnya tajam.
Bunganya jenis majmuk , kecil dan berjambak.
Buahnya bulat ,berwarna hijau tua dan bertukar merah apabila masak.Buahnya yang dikeringkan bersama-sama kulitnya disebut lada hitam . Buahnya dikupas sebelum dikering disebut lada putih.
Pembiakan: Biji benih dan keratan batang
Kegunaan dan Khasiat
- Buahnya dikeringkan dan dibuat rempah serta perencah masakan
- Buahnya yang dikeringkan ditumbuk dan dibuat demah untuk merawat sakit kepala , demam, dan sengal-sengal sendi.
- Air rebusan buahnya diminum untuk merawat keracunan makanan , cirit birit, demam , sakit sendi dan tonik bagi ibu selepas bersalin
Sumber Rujukan: rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani
Pegaga
Pegaga
Nama Tempatan : Pegaga
Nama Lain : Pegagan Daun Kaki Kuda
Nama Botani : Centella Asiatica
Famili : Umbellaiferae
Pegaga adalah sejenis tumbuhan herba semusim yang merayap .
Daunnya jenis tunggal , bertangkai panjang , berbentuk ginjal , bahagian tepinya begerigi dan mempunyai aroma yang wangi apabila diramas.
Bunganya jenis majmuk , kecil , berwarna putih.
Buahnya kecil , pipih , dan berwarna putih kehijau hijaun .
Pembiakan: Biji benih dan keratan batang
Kegunaan dan khasiat
- Tumbuhan ini dibuat ulam dan berkhasiat untuk mengurangkan tekanan tinggi .
- Jusnya diminum untuk menyejukkan badan.
- keseluruhan tumbuhan ini ditumbuk dan dipupuk pada ari-ari untuk melawaskan pembuangan air kecil atau dipupuk pada bisul untuk merawat bisul.
- Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum untuk merawat demam campak , batuk , kencing berdarah dan keputihan.
Sumber Rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani
Subscribe to:
Posts (Atom)