Dukung Anak
Nama Tempatan: Dukung Anak
Nama Lain : Amin Buah, Rami Buah , Turi Hutan , Meniram
Nama Botani : Phyllanthus Niruri
Famili : Euphorbiaceae
Dukung Anak adalah sejenis tumbuhan herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 70 sentimeter tinggi
Daunnya jenis majmuk pinat , anak daun terletak dalam susunan berselang seli , berbenuk bujur dengan bahagian hujung dan pangkal yang membulat
Bunganya jenis tunggal . Terdapat dua jenis iaitu bunga jantan dan bunga betina pada satu pokok
Buahnya berbentuk bulat, licin, dan mengandungi biji yang kecil
Pembiakan : Biji benih
Kegunaan dan Khasiat
- Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum bagi merawat sakit kuning, batu karang, sakit perut, sakit dada, darah tinggi, dan mencuci darah
- Air rebusan tumbuhan ini bersama susu kambing diminum untuk mengubati demam kuning dan kencing manis
- Air rebusan pucuknya diminum untuk merawat perut yang memulas dan melawaskan pembuangan air kecil
- Air rebusan batangnya bersama kemangi , halia dan gula batu diminum untuk merawat batuk
Sumber rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani

No comments:
Post a Comment