Mas Cotek
Nama Tempatan : Mas Cotek
Nama Lain : Serapat Angin, Telinga Beruk, Ara Terbang , Sempit-sempit
Nama Botani : Ficus Deltoidea
Famili : Moraceae
Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan renek. Terdapat dua jenis emas cotek iaitu emas cotek jantan dan emas cotek betina. Emas cotek jantan berdaun kecil manakala emas cotek betina berdaun besar.
Daunnya jenis tunggal terletak dalam susunan berselang seli dan berwarna emas di bahagian belakangnya. Di bahagian belakang daunnya terdapat bintik hitam (cotek) diantara dua urat yang bercantum.
Buahnya kecil , bulat dan berwarna hijau muda
Pembiakan : Biji benih dan keratan batang
Kegunaan dan Khasiat
- Daunnya dikeringkan dan air rebusannya diminum untuk menyembuhkan kecederaan urat saraf dan awet muda
- Daun dan batangnya dikeringkan dan air rebusan diminum untuk mengecutkan rahim ibu selepas bersalin
- Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum untuk merawat paru paru berair , kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung dan cirit birit
Sumber Rujukan : Rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah
No comments:
Post a Comment