Monday, 14 November 2016

Lada

Lada


Nama Tempatan : Lada
Nama Botani     : Piper Nigrum
Famili              : Piperaceae


Lada adalah sejenis tumbuhan herba yang menjalar dan memanjat . 

Daunnya jenis tunggal ,terletak dalam susunan berselang seli , berbentuk bujur dan bahagian hujungnya tajam.

Bunganya jenis majmuk , kecil dan berjambak.

Buahnya bulat ,berwarna hijau tua dan bertukar merah apabila masak.Buahnya yang dikeringkan bersama-sama kulitnya disebut lada hitam . Buahnya dikupas sebelum dikering disebut lada putih.


Pembiakan: Biji benih dan keratan batang


Kegunaan dan Khasiat
  • Buahnya dikeringkan dan dibuat rempah serta perencah masakan
  • Buahnya yang dikeringkan ditumbuk dan dibuat demah untuk merawat sakit kepala , demam, dan sengal-sengal sendi.
  • Air rebusan buahnya diminum untuk merawat keracunan makanan , cirit birit, demam , sakit sendi dan tonik bagi ibu selepas bersalin
Sumber Rujukan: rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani 

                                

No comments:

Post a Comment