Monday, 14 November 2016

Pandan

                                                                      Pandan
                                                                         

Nama Tempatan : Pandan 
Nama lain          : Pandan Wangi , Pandan Rampai , 
Nama Botani      : Pandanus Odorus , Pandanus Amaryllifolius
Famili               : Pandanaceae


Pandan adalah tumbuhan herba berumpun yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter.

Daunnya jenis tunggal , terletak dalam susunan padat melingkari batang , berbenuk panjang dan beraroma apabila diramas.  

Pembiakan : Anak Pokok dan Keratan Batang

Kegunaan dan Khasiat
  • Daunnya dijadikan bahan perisa dan pewarna dalam masakan 
  • Daunnya dihancurkan dan disapu ke kepala untuk menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur
  • Daunnya dihancurkan dan dimasak dengan minyak kelapa . Minyak itu disapu pada tempat yang sakit untuk merawat sakit sendi.
Sumber Rujukan : rak 500 Pust Sumber Darul Hikmah
                       


Bijan

Bijan

Nama Tempatan : Bijan 
Nama Lain        : Lenga 
Nama Botani     : Sesamun Indicum , Sesamun Orientale 
Famili              : Pedaliaceae

Bijan adalah sejenis tumbuhan herba semusim yang boleh mencapai ketinggian sehinnga 1 meter. 

Daunnya jenis tunggal , terletak dalam susunan berselang seli , berbentuk bujur tirus , berbulu halus dan kesat.

Bunganya berbentuk loceng , tunggal , atau dua tiga kuntum dalam satu tangkai dan berwarna putih keungu unguan atau  putih kemerah merahan .

Buahnya berlenggai , berpangsa dua , dan mengandungi banyak biji halus yang berwarna putih kekuning-kuningan atau perang.


Pembiakan :  Biji benih


Kegunaan dan Khasiat
  • Pucuknya dibuat sayur 
  • Bijinya dibuat ramuan atau perencah masakan
  • Bijinya menghasilkan minyak yang digunakan sebagai minyak urut , minyak masak dan sabun.
  • Minyak bijan berkhasiat menghilangkan stress dan melegakan keletihan.
Sumber Rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani 
                              




Bangun-bangun

Bangun-bangun


Nama Tempatan: Bangun-bangun
Nama lain         : Sapooh , Ati-ati hijau , Origano ,Mangun
Nama Botani     : Colleus amboinicus, solenostemon amboinensis
Famili              : Labiatae

Bangun-bangun adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut yang boleh mencapai ketinggian sehingga 50 sentimeter.

Daunnya jenis tunggal, tebal, kesat ,berbentuk bujur dan terletak dalam susunan bertentangan. Tepi daunnya bergerigi kasar .

Bunganya kecil ,jenis majmuk dan berwarna ungu pucat .


Pembiakan: Keratan batang


Kegunaan dan Khasiat
  • Daunnya dibuat sayur dan perencah masakan .
  • Daunnya diramas dan disapu pada rambut untuk menyihatkan rambut
  • Daunnya dihancurkan dan ditampalkan pada tempat yang sakit untuk merawat luka ,melecur dan gigitan binatang berbisa.
  • Daunnya ditumbuk , jusnya dicampur gula batu dan diminum untuk mengubati bauk, sakit kepala dan asma
  • Daunnya direndam didalam air panas untuk mengubati batuk , asma dan bronkitis.
  • Air rebusan daunnya diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut , sembelit,dan mencernakan makanan.
Sumber Rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul hikmah Smkani 
                             


Lada

Lada


Nama Tempatan : Lada
Nama Botani     : Piper Nigrum
Famili              : Piperaceae


Lada adalah sejenis tumbuhan herba yang menjalar dan memanjat . 

Daunnya jenis tunggal ,terletak dalam susunan berselang seli , berbentuk bujur dan bahagian hujungnya tajam.

Bunganya jenis majmuk , kecil dan berjambak.

Buahnya bulat ,berwarna hijau tua dan bertukar merah apabila masak.Buahnya yang dikeringkan bersama-sama kulitnya disebut lada hitam . Buahnya dikupas sebelum dikering disebut lada putih.


Pembiakan: Biji benih dan keratan batang


Kegunaan dan Khasiat
  • Buahnya dikeringkan dan dibuat rempah serta perencah masakan
  • Buahnya yang dikeringkan ditumbuk dan dibuat demah untuk merawat sakit kepala , demam, dan sengal-sengal sendi.
  • Air rebusan buahnya diminum untuk merawat keracunan makanan , cirit birit, demam , sakit sendi dan tonik bagi ibu selepas bersalin
Sumber Rujukan: rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani 

                                

Pegaga

Pegaga 

Nama Tempatan : Pegaga
Nama Lain        : Pegagan Daun Kaki Kuda 
Nama Botani     : Centella Asiatica 
Famili              : Umbellaiferae


Pegaga adalah sejenis tumbuhan herba semusim yang merayap .

Daunnya jenis tunggal , bertangkai panjang , berbentuk ginjal , bahagian tepinya begerigi dan mempunyai aroma yang wangi apabila diramas.

Bunganya jenis majmuk , kecil , berwarna putih.

Buahnya kecil , pipih , dan berwarna putih kehijau hijaun .


Pembiakan: Biji benih dan keratan batang


Kegunaan dan khasiat
  • Tumbuhan ini dibuat ulam dan berkhasiat untuk mengurangkan tekanan tinggi .
  • Jusnya diminum untuk menyejukkan badan.
  • keseluruhan tumbuhan ini ditumbuk dan dipupuk pada ari-ari untuk melawaskan pembuangan air kecil atau dipupuk pada bisul untuk merawat bisul.
  • Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum untuk merawat demam campak , batuk , kencing berdarah dan keputihan.
Sumber Rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani
                                 

Misai Kucing

Misai Kucing


Nama Tempatan: Misai Kucing 
Nama Lain       : Kumis Kucing , Remunjang 
Nama Botani    : Orthosiphon Granddiflorus , Otthosiphon Aristatus
Famili              :Labiatae

Misai Kucing adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter.

Daunnya jenis tunggal , terletak dalam susunan bertentangan , berbentuk bujur dengan bahagian hujung yang tajam dan bergerigi di tepi.

Bunganya jenis majmuk , berjambak ,berwarna putih atau ungu dan kelihatan seperti seperti misai kucing.  


Pembiakan : Keratan Batang 


Kegunaaan dan Khasiat
  • Daunnnya ditumbuk dan dipupuk pada tempat yang sakit untuk meawat luka ,lebam , terseliuh dan sakit kulit.
  • Air rebusan daunnya diminum untuk melawaskan pmbuangan air kecil , merawat batu karang , sakit buah pinggang , kencing manis dan darah tinggi.
Sumber Rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani
                             
                                        

Mas Cotek

Mas Cotek


Nama Tempatan : Mas Cotek
Nama Lain        : Serapat Angin, Telinga Beruk, Ara Terbang , Sempit-sempit
Nama Botani     : Ficus Deltoidea
Famili              : Moraceae

Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan renek. Terdapat dua jenis emas cotek iaitu emas cotek jantan dan emas cotek betina. Emas cotek jantan berdaun kecil manakala emas cotek betina berdaun besar.

Daunnya jenis tunggal terletak dalam susunan berselang seli dan berwarna emas di bahagian belakangnya. Di bahagian belakang daunnya terdapat bintik hitam (cotek) diantara dua urat yang bercantum.

Buahnya kecil , bulat dan berwarna hijau muda 

Pembiakan : Biji benih dan keratan batang


Kegunaan dan Khasiat 
  • Daunnya dikeringkan dan air rebusannya diminum untuk menyembuhkan kecederaan urat saraf dan awet muda
  • Daun dan batangnya dikeringkan dan air rebusan diminum untuk mengecutkan rahim ibu selepas bersalin
  • Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum untuk merawat paru paru berair , kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung dan cirit birit
Sumber Rujukan : Rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah 
              

Dukung Anak

Dukung Anak



Nama Tempatan: Dukung Anak
Nama Lain       : Amin Buah, Rami Buah , Turi Hutan , Meniram
Nama Botani    : Phyllanthus Niruri
Famili              : Euphorbiaceae

Dukung Anak adalah sejenis tumbuhan herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 70 sentimeter tinggi

Daunnya jenis majmuk pinat , anak daun terletak dalam susunan berselang seli , berbenuk bujur dengan bahagian hujung dan pangkal yang membulat

Bunganya jenis tunggal . Terdapat dua jenis iaitu bunga jantan dan bunga betina pada satu pokok

Buahnya berbentuk bulat, licin, dan mengandungi biji yang kecil


Pembiakan : Biji benih


Kegunaan dan Khasiat 
  • Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum bagi merawat sakit kuning, batu karang, sakit perut, sakit dada, darah tinggi, dan mencuci darah

  • Air rebusan tumbuhan ini bersama susu kambing diminum untuk mengubati demam kuning dan kencing manis
  • Air rebusan pucuknya diminum untuk merawat perut yang memulas dan melawaskan pembuangan air kecil
  • Air rebusan batangnya bersama kemangi , halia dan gula batu diminum untuk merawat batuk

Sumber rujukan : rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani
                             



Pokok Ajaib

Pokok Ajaib



Nama Tempatan : Buah Ajaib
Nama Lain        : Buah Manis, Miracle Fruit , Sweet berry
Nama Botani     : Synsepalum Dulcifium
Famili               : Sapotaceae

Buah ajaib adalah sejenis tumbuhan berpokok sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga enam meter.

Daunnya jenis tunggal , terletak dalam susunan berselang seli, berbentuk bujur dan berwarna hijau tua 

Buahnya kecil , berbentuk bujur , berwarna merah dan mengandungi biji


Pembiakan : Biji benih


Kegunaan dan Khasiat 
  • Buahnya enak dimakan begitu sahaja, meninggalkan rasa manis sehingga beberapa jam dan dijadikan pengganti gula bagi penghidap kencing manis
  • Daunnya dimakan untuk mengurangkan gula dalam darah dan menurunkan panas badan.

Sumber Rujukan : Rak 500 Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani
                           

Sunday, 13 November 2016

ALOE VERA


NAMA TEMPATAN  :   LIDAH BUAYA
NAMA BOTANI        :   ALOE VERA , ALOE BARBADENSIS
FAMILI                      : LILIACASE

Lidah buaya adalah sejenis tumbuhan herba

Daunnya jenis tunggal , terletak dalam susunan padat pada pangkal batang, berbentuk bujur memanjang, tebal , tajam di hujung dan tepinya berduri

Pembiakan: Anak pokok

Kegunaan Dan Khasiat
  • Jus daripada isi daunnya digunakan untuk merawat kulit yang melecur, luka, sakit kulit, dan untuk menghilangkan parut.
  • Jus daripada isi daunnya diminum bagi merawat sakit perut , menghapuskan cacing, batuk,demam kuning dan pedih ulu hati.
sumber rujukan : Rak 500 di Pusat Sumber Darul Hikmah Smkani




Taman Herba Smkani

Taman Herba Smkani


                                   Disini terdapat beberapa herba tradisional sebagai pameran

 LIDAH BUAYA

MAS COTEK

LADA HITAM

DUKUNG ANAK

PEGAGA

TEMU LAWAK


POKOK AJAIB



Misai Kucing